CadBury – KKM kata ada DNA Babi, JAKIM kata halal.

Kenyataan bercanggah sesama mereka. Dua produk coklat Cadbury Hazel Nut & Roast Almond yang disahkan mengandungi DNA Babi oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), disahkan halal oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Dalam erti kata lain, JAKIM tidak menerima pemeriksaan makmal yang dibuat oleh KKM. Hanya makmal yang dipilih JAKIM saja yang betul dan diterima pakai.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=gl9lMAD6sMg&list=UU22UFqscznRcYicQUpmLTeg&feature=share&index=6[/youtube]

Putrajaya: Dua produk keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd (Cadbury) iaitu coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) disahkan bebas DNA babi dan halal dimakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keputusan itu diperoleh selepas sampel kedua-dua berkenaan dianalisis makmal Jabatan Kimia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Petaling Jaya, Selangor iaitu makmal mendapat akreditasi mengesan DNA babi.

?Katanya, kedua-dua sampel produk berkenaan daripada kelompok sama dikesan mempunyai DNA babi sebelum ini iaitu 200813 M01HI2 dan 200813 M01HI2 bagi coklat susu dengan kacang hazel dan kelompok 221013 N01RI1 bagi coklat susu dengan buah badam.

?Sampel dianalisis diambil terus dari kilang pengeluarannya di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor, manakala makmal yang menganalisis diberi akreditasi oleh kerajaan untuk menguji kehadiran DNA babi.

?Selain dua sampel itu, JAKIM turut mengambil empat produk lain dalam aliran pemprosesan sama dan lima jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan,? katanya pada sidang media di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, dekat sini, semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha dan Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahayudin.

Sehubungan itu, Jamil Khir berkata, status penggantungan sijil halal Cadbury akan dibincang semula dan jika tiada halangan ia diberi semula.

?Tetapi, kita akan membuat pemeriksaan menyeluruh di kilang berkenaan untuk memberi lebih keyakinan kepada pengguna, sebelum menyerah kembali sijil halal.

?Laporan pemeriksaan menyeluruh akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum sijil pengesahan halal Malaysia untuk kedua-dua produk itu dikembalikan,? katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2produkbebasDNAbabi/Article/index_html

Leave a Reply