Bunga Api – Ground Bloom Flower 16 shots

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=w1e61kU4nik[/youtube]

Notis: Video dibuat dengan High Quality 720p. Jika video tersekat-sekat disebabkan connection internet tidak laju, turunkan kualiti kepada 360p.

Sebelum raya, aku kekedai bedil di Bengkurong mencari-cari bunga api yang dibawah $30. Cari punya cari terjumpa bunga api GROUND BLOOM FLOWER dengan 16 tembakan dengan harga $23. Masa tu ada offer beli 1 dapat 1 lagi free. Kan mencuba lalu ku beli 1 + free 1.? Lebih kurang macam $11.50 sekotaklah. Siuk jualah ganya sekajap ganya.

Beruntung kita dapat main bedil dan bunga api di Brunei. Kalau di Malaysia,kebanyakkan bunga api dan mercun yang terbang dan meletup kena ban atas alasan selalu menyebabkan kemalangan. Dorang hanya bebas main bunga api kucing & pop pop (bedil bawang). Nak main mercun atau bunga api yang meletup kuat terpaksa main secara sembunyi-sembunyi. Kesiaaannn. Di Brunei kejadian malang ketika bermain mercun terrramat jarang didengar atau tiada langsung beritanya. Mungkinkah mercun dan bunga api tak sesuai dengan orang Malaysia atau dorang malas sangat nak mengawasi anak-anak ?

Yang peliknya, semasa mercun diharamkan penjualannya di Brunei, akan kedengaran 5,6 kejadian malang berlaku ketika main mercun dalam setahun. Tapi, setelah ianya dibenarkan penjualannya secara berlesen, kejadian malang yang teruk hampir tiada kedengaran langsung beritanya. Paling teruk pun hanyalah terbakar sikit jari tangan akibat percikan api dari sumbu yang baru dibakar. Pelik ya.

This entry was posted in Bunga Api & Mercun, Hari raya and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.