Bubur FREE Hotel The Rizqun International

Sepertimana yang berlaku pada tahun-tahun lepas,?Hotel The Rizqun International akan mengagih-agihkan “BUBUR BERKAT” secara percuma dilobi hotel berkenaan di Gadong. Sebanyak 2,500 paket bubur akan diberikan kepada pengunjung The Mall, Gadong pada petang hari 1 Ramadhan 1432 hijrah. Orang ramai yang berkeinginan untuk merasa bubur tersebut bolehlah datang berkunjung kelobi hotel berkenaan.

P/S: Bagi yang merasa malu jika dilihat orang, anda bolehlah berpura-pura berlakon seperti membooking buffet disana dan masukkan bubur tersebut didalam beg shopping kitar semula supaya tidak kelihatan. Kemudian keluar semula sambil berkata-kata seperti ” alaaaa..habis sudah kena booking buffetnya”. Bagi yang sudah terbiasa menapau makanan dimajlis-majlis diharap supaya tidak perlu membawa kontina atau plastik lagi kerana bubur tersebut sudah diisikan dalam kontena. Jangan harap kan dapat menapau banyak-banyak dan laju-laju, sepertimana kebiasaan anda disetiap majlis.

Sumber: Media Permata Sabtu/Ahad, 30/31 Julai 2011.

 

 

This entry was posted in Kurapak. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.