Brunei – KK menggunakan feri

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat – Penduduk Brunei yang ingin untuk melancong ke Kota Kinabalu dan Sabah tidak lama lagi boleh membuat pilihan untuk menaiki feri dari Muara, Brunei ke Menumbok di Sabah apabila perkhidmatan feri yang menghubungkan Muara dengan Menumbok mula beroperasi bagi orang ramai pada 30 Disember ini.

Dengan adanya perkhidmatan feri dari Muara ke Menumbok itu bukan saja akan menjadi satu lagi laluan bagi penduduk Brunei dan Malaysia untuk saling berkunjung tetapi juga akan mengurangkan masa perjalanan bagi pengunjung kedua-dua negara.

Perkhidmatan feri kenderaan Brunei yang baru, MV Shuttle Hope, itu dijadualkan untuk memulakan perjalanan sulungnya membawa penumpang dan kenderaan dari terminal Feri Kenderaan Serasa ke Menumbok pada 30 Disember nanti.

Menurut kenyataan daripada Pengarah Urusan PKL Jaya Sdn Bhd, Chin Mook Seng, tambang bagi perkhidmatan itu adalah $70 bagi setiap kenderaan termasuk pemandu dan bayaran berasingan sebanyak $25 bagi setiap penumpang.

Katanya lagi penumpang yang berumur di bawah 13 tahun akan dikenakan bayaran separuh daripada bayaran untuk dewasa dan orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan feri itu pada tarikh berkenaan disarankan untuk membuat tempahan awal bermula 26 Disember ini.

Sehubungan dengan pengumuman itu orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan dan mendapatkan tiket mereka di pejabat syarikat berkenaan di Tingkat Satu, Blok A, Unit 7, Pusat Muara pada waktu perniagaan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Feri kenderaan, MV Shuttle Hope adalah sebuah feri yang dimiliki syarikat tempatan, PKL Jaya Sdn Bhd yang dianugerahkan projek bagi perkhidmatan feri kenderaan dari Muara ke Menumbok menerusi sebutan harga.

Feri itu dibina di Osaka, Jepun dan boleh membawa sebanyak 200 penumpang dan 45 kenderaan pada kelajuan 15 knot.

Ujian bagi perkhidmatan feri berkenaan ke Menumbok diadakan pada 14 Disember lalu bagi tempoh seminggu.

Projek Terminal Feri Kenderaan Serasa adalah sala satu projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara bernilai $1.7 juta yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk tandas awam, kawasan letak kereta, portacabins dan jambatan timbang.

This entry was posted in Berita / News and tagged , , . Bookmark the permalink.

1 Response to Brunei – KK menggunakan feri

  1. admin says:

    Written by NIMU
    Monday, 28 December 2009 08:06

    If I go by land with my family of 6 the basic cost will be: Diesel: $20 Ferry Temburong/Limbang: $5 Ferry Trusan: $5 Total: $30 x 2 return = $60.
    When I am on a holiday, time is not a concern. I would rather still use land to go to KK. The cost of going through the ferry can cover my hotel for at 3 nights. Overcharging the passengers is ridiculous. It would be more appropriate if they only charge vehicles with more than 3 passengers. Meaning, the 4th, 5th and so on would be charged $25 each.

    Majority of people going to KK and vice versa are working class people like me. Budget in few dollars difference is normally taken into consideration. So I will never use the ferry, since I have to spend more.

    Driving and sightseeing are my hobbies anyway, so I would rather spend a few hours more on the road enjoying it.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.