Sekarang, rakyat Brunei yang prihatin sudah boleh menderma melalui SMS sama ada melalui talian hp DST atau B.Mobile sehingga 10 Oktober.? Untuk memberi derma pengguna bolehlah menghantarkan SMS dengan menaip BANTU kemudian disambung tanpa jarak (space) dengan jumlah derma yang ingin disumbangkan iaitu sama ada 1, 5, 10 atau 20. Contoh, jika awda ingin menderma sebanyak $5.00, taipkan BANTU5. Bagi pengguna DST, derma boleh dihantar melalui talian 38111. Bagi pengguna B.Mobile pula derma bolehlah dibuat melalui WAP portal.
Ruj: Brunei Times, 16 Sep 2010, ms:4.