Bahagian passport buka hari Jum’at

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Jabatan imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) memaklumkan bahawa Bahagian Dokumen Perjalanan atau lebih dikenali sebagai Bahagian Pasport di ibu pejabat JIPK, Jalan Menteri Besar di sini dan Pejabat Cawangan Daerah belait, Tutong dan Temburong akan menambah waktu perkhidmatannya kepada orang ramai setiap hari Jumaat bermula esok 2 Nov hingga 28 Disember, mulai jam 8.15 pagi hingga 11.30 pagi.

Sehubungan itu, orang ramai yang membuat perjalanan keluar negara terutama semasa musim cuti persekolahan yang melintasi Pos-Pos Kawalan Imigresen melalui jalan darat dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan bijak dan berhemah bagi mengelak daripada terperangkap dalam deretan kenderaan yang panjang.

JIPK dalam kenyataannya di sini berkata, waktu operasi bagi Pos-Pos Kawalan melalui darat seperti Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah, Daerah Brunei Muara, Pos Kawalan Imigresen Sg Tujoh, Daerah Belait, Pos Kawalan Imigresen Labu dan Kompleks Pemeriksaan Ujung Jalan, Daerah Temburong akan bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.

Sumber: Media Permata, Jum’at 2 Nov 2012.

This entry was posted in Berita / News and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.