Waktu bulan puasa, laici tin ani laris dipasaran. Bahkan dijual ditempat barang-barang halal. Tahukah biskita, laici tin ani dibuat oleh syarikat di China atas nama NARCISSUS BRAND. Syarikat Narcissus juga ada memproses khinzir atau babi dalam tin. Bayangkan, kilang yang memproses khinzir juga memproses laici dalam tin dengan peralatan yg sama. Sudah tentu terpalit najisnya. Terdapat lagi satu laici tin yang mengguanakan nama LAZAT beserta cap halal lagi tapi tulisan cinanya masih sama. Berkemungkinan besar adalah dari syarikat yang sama. Ditambah tajuk LAZAT untuk mengelirukan orang ramai yang baru tahu. Produk laici tin jenama LAZAT yang ada arahku bertarikh buatan 27/06/2011 dan expire pada 27/06/2014. Di Malaysia, tahun 2010 sudah kedapatan. Mungkin untuk mengelirukan lalu ditambah nama LAZAT.
Sayang puasa kitani rosak akibat makan barang syubhah atau haram. Syarikat Narcissus juga memproses lobak puteh dan kulat dalam tin yang banyak dijual di Supermarket, kedai runcit dan dipasar malam Gadong, Brunei Darussalam. Senarai produk-produk keluaran NARCISSUS BRAND boleh dilihat dalam google.com atau disini http://www.yithong.com/brands/narcissus/index.html.