Author Archives: admin

Drama Brunei – Serba Salah. Episod Salah Sangka

MANA MAK???

(PERHATIAN! Pengguna handphone sila pusingkan hp anda dalam bentuk landskap)

Renung2kan….

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”

Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”

Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” ”

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”

“Ayah, ayah….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.

Sharekan pada yg lain andai anda sayang ibu anda..
Bagi anak anak baca…😭 😭 😭 👍

 

P/S: Cerita ini berkemungkinan besar hanyalah rekaan/

Tertipu dengan plan internet HSBB Telbru

Sewaktu TELBRU membuat promosi talian Fibre atau High Speed BroadBand dulu, didalam iklan dicanang-canangkan kepada pelanggan kononnya, jika pelanggan yang menggunakan plan 5Mbps & 10Mbps keatas telah melebihi had quota bandwidth, kelajuan akan diperlahankan kepada 1Mbps. Itu memang aku faham. Quota bandwidth pun aku faham. Namun ternyata ianya satu penipuan. Quota bandiwdth akan diperlahan tidak sampai 0.8Mbps. Mungkin taktik ini digunakan Telbru dengan harapan pelanggan akan TERPAKSA membeli TOP-UP supaya talian internet kembali lancar.

Dulu pun kita pernah ditipu kononnya negara-negara jiran juga mengamalkan kaedah LIMITED BANDWIDTH. Setahu saya ketika ini, Singapore, Malaysia dan Thailand tiada langsung plan internet dengan limited bandiwdth. Kesemuanya memberikan plan Unlimited bagi talian Fibre Optic. Yang ada hanyalah plan internet mengikut tahap kelajuan. Misalnya 10Mbps, 30Mbps bahkan di Singapore sudah ada 1Gbps dan 10Gbps. Jadinya, negeri manakah yang dimaksudkan Telbru ada mengamalkan plan internet LIMITED BANDWIDTH ? Bangladesh atau negeri di Afrika barangkali.

Dibawah contoh kelajuan Fibre Optic selepas habis bandwidth kawasan atap hijau RPN Kampong Panchor, Mengkubau, Mentiri.

2016_08_25_21_20_55_Speedtest.net_by_Ookla_The_Global_Broadband_Speed_Test

http://www.speedtest.net/my-result/5579136407

12 Hole Plant Seeds Grow Box – Actual size.

Image on online (Ebay, Amazon etc…). Look bigger than actual size.

http://www.ebay.com/sch/i.html?_from=R40&_trksid=p2050601.m570.l1313.TR0.TRC0.H0.TRS0&_nkw=12+Hole+Plant+Seeds+Grow+Box&_sacat=0

https://www.amazon.com/s/ref=nb_sb_noss?url=search-alias%3Daps&field-keywords=12+Hole+Plant+Seeds+Grow+Box

2016-07-15 11_16_33-12HOLE Plant Seeds Grow Box Insert Propagation Nursery Seedling Starter Tray SPU

 

Actual size

20160714_182309

20160714_182321

Rumah RPN Kg Panchor, Mengkubau RETAK SANA SINI

UPDATE: Surat balasan DUKACITA dari Jabatan Kemajuan Perumahan yang bertarikh 24 Oktober hanya baru diterima pada 20 November 2015. Seperti sengaja dilambat2kan atau memang pemalas. Very stupid. Ini satu penganiayaan kepada pembeli. Pemohon dipaksa menerima rumah yang rosak dan merbahaya walaupun pada harga penoh. Semoga yang menganiaya dilaknat Allah dan dtimpakan bala tidak senang hidupnya selagi mana kami tinggal dirumah retak ini.

Setelah dua kali permohonan minta tukar rumah kembar lain ditolak mentah-mentah oleh JKP (Jabatan Kemajuan Perumahan), mau inda tau terpaksalah rumah retak itu diterima. Penerima/Pembeli?dipaksa jua membeli rumah rosak. Dari segi hukum muamalat Islam pun jual beli ani dikira inda sah. Rumah rosak dibayar pada harga penuh. Aku bukan mau minta turunkan harga tapi aku mau ganti rumah lain yg lebih selamat. Ini rumah teruk, rumah merbahaya tapi pihak JKP tidak peduli, tidak kisah. Sebab gaji tetap masuk. Bukti tidak kisah yang lain, cubalah hubungi talian JKP 2382145, nanti mesin yang akan menjawap suruh tekan 0 (kosong)?untuk minta bantuan operator. Ditekan 0, sampai bila2 pun tiada manusia yang menjawap. Operator JKP patut ditukar dengan seberapa segera. Terlalu pemalas. Yang peliknya, bila ditelefon ke Tkt 5, pekerja perempuan tu memaklumkan dia ada mendengar telefon operator berbunyi. Kenapa tiada manusia menjawap ? Paling bodoh sekali, pintu dapur jika dibuka akan buka keluar, bukan kedalam seperti yang sepatutnya. Ini akan memudahkan pencuri mengopak dari luar. Sama ada arkitek yg bodoh atau contractor. Apakah pihak Jabatan atau Kementerian sebelum ni tiada membuat pengawasan ? Nampaknya seperti, Ya. Yang menjadi mangsa ialah pemohon seperti kami yang menunggu dari tahun 1999. Enam belas?tahun menunggu tiba-tiba dipaksa juga menerima rumah retak. Yang terkemudian memohon pula dapat rumah yang tidak retak. Apabila dipohonkan pertukaran rumah, JKP tetap KERAS KEPALA tidak mau menerima. Bukan paksaankah namanya itu ?

Pihak Kementerian berkenaan sepatutnya membukakan tawaran kepada pemilik2 rumah RPN yang TERTIPU & TERKENA rumah retak supaya dapat memohon membuat pertukaran dengan rumah lain. Wajib diadakan perjumpaan atau musyawarah didewan Muhibbah untuk mengatasi masalah ini. Jangan hanya tau duduk beraircond dalam bilik tanpa ada keinginan untuk mengatasi masalah ini.

Berikut adalah contoh keretakan rumah. Ya, keretakan ini mungkin dengan mudah boleh ditampal. Menampal hanya menyembunyikan masalah sebenar selagi punca keretakan masih wujud, misalnya tanah inda rata, rumah ditepi bukit, rumah TIADA PILING, keretakan akan berlaku lagi. Mungkin setahun, 3 tahun, 5 tahun yang mana ketika itu tiada warranty lagi. Pemohon lain yang rumah mereka diatas tanah yang rata bolehlah selesa hidup mereka sementara pemohon yang mengalami masalah RUMAH RETAK akan sentiasa merasa bimbang. Dimanakah keadilan ?

IMG_0838? IMG_0840 IMG_0843 IMG_0844 IMG_0845 IMG_0847 IMG_0849 IMG_0850 IMG_0851 IMG_0852 IMG_0853 IMG_0854 IMG_0855 IMG_0857 IMG_0858

Ini adalah contoh perniagaan atau jual beli yang paling teruk didunia. Orang ramai atau pembeli dipaksa untuk mengambil rumah retak dengan bayaran penuh jua. Tidak ada KHIAR (Pilihan) seperti yang ada dalam hukum Muamalat Syariah. Juga melanggar peraturan Sivil yang mana pelanggan berhak mendapat rumah yang sempurna bersesuaian dengan bayaran penuh. Kemungkinan besar Pihak Perumahan amat jahil dengan hukum hakam dan sepatutnya diadakan kursus bimbingan agama di Jabatan tersebut setiap suku tahun untuk mendidik durang takutkan Allah swt.

Cek kereta di Baikal pakai tempahan saja.

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Nov ? Bermula 14 Disember ini, pemeriksaan kenderaan yang berusia tujuh tahun ke atas yang dipandu terus (walk in) ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Beribi, Gadong, akan diberhentikan perkhidmatannya dan semua pemeriksaan kenderaan berkenaan hanyalah melalui tempahan sahaja.

Pengarah JPD, Dr. Haji Supry bin Haji Awang Ladi telah memaklumkan perkara ini semasa sidang media yang berlangsung di Ibu Pejabat JPD, hari ini.

Tambahnya, JPD bermula 16 November ini juga akan mengehadkan jumlah kenderaan persendirian yang dipandu terus ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan, kepada 70 buah kenderaan sehari pada hari-hari bekerja iaitu 40 buah untuk sesi pagi dan 30 buah untuk sesi petang.

?Orang ramai juga diingatkan pada 27 November ini, pemeriksaan secara pandu terus tidak akan diterima oleh JPD lagi, pemeriksaan kenderaan hanya dibukakan untuk tempahan saja,? jelasnya.

Beliau turut menjelaskan statistik sejak sistem tempahan ini diperkenalkan iaitu pada 4 Jun 2015 menunjukkan sebanyak 3,700 buah kenderaan diperiksa di Pusat Pemeriksaan Kenderaan, Beribi, yang mana pemeriksaan melalui tempahan menunjukkan peningkatan daripada 1,100 buah pada Jun hingga Ogos kepada 1,500 buah pada September hingga Oktober tahun ini.
Dr. Haji Supry menyeru orang ramai menggunakan sistem tempahan bagi pemeriksaan kenderaan yang lebih tujuh tahun ke atas.
Dr. Haji Supry menyeru orang ramai menggunakan sistem tempahan bagi pemeriksaan kenderaan yang lebih tujuh tahun ke atas.

?Daripada jumlah tersebut, sebanyak 35 peratus pemeriksaan dibuat melalui sistem tempahan manakala 65 peratus lagi pemeriksaan masih dibuat secara pandu terus,? ujarnya.

Dr. Haji Supry berharap orang ramai dapat menyesuaikan diri dengan perubahan ini dan untuk lebih memudahkan lagi, JPD telah menyediakan dua talian untuk tempahan pemeriksaan iaitu 2448008 atau 2442009.

Selain itu, orang ramai juga boleh berurusan terus di Kaunter 2, Pondok Lorong Pemeriksaan 6 dan 7 pusat berkenaan dan waktu tempahan bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari dan pada sebelah petang bermula jam 1:45 hingga 4:15 petang.

Dengan adanya langkah yang dilaksanakan oleh JPD ini, ia dapat memastikan operasi pemeriksaan kenderaan di pusat ini dapat dikendalikan secara bersistematik dan teratur di samping memberi keselesaan kepada orang ramai.

Sehubungan itu, orang ramai turut diseru untuk membuat pemeriksaan kenderaan mereka sebulan lebih awal sebelum tarikh mansuh perjalanan kenderaan mereka dan tempoh ini hanya sah bagi pemeriksaan kenderaan yang dibuat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan, JPD di Beribi sahaja.

Manakala bagi pemeriksaan kenderaan yang dibuat di Daerah Tutong dan Temburong, tempoh diberikan selama tiga bulan dari tarikh mansuh perjalanan kenderaan, ini adalah disebabkan di kedua-dua daerah itu, pemeriksaan dilaksanakan secara komputer berbanding di Daerah Brunei-Muara dan Daerah Belait, pemeriksaan di laksanakan secara manual.

Orang ramai yang membuat tempahan pemeriksaan kenderaan juga diingatkan untuk datang 15 minit awal bagi melancarkan proses pemeriksaan.

Sumber: http://mediapermata.com.bn/index.php/2015/11/tempahan-pemeriksaan-kenderaan-14-disember-ini/

P/S: Yang banarnya bila start inda kena terima cek pandu terus, 27 Nov atau 14 Disember ?

Saman PDRM yang amat memalukan

Kebodohan apakah lagi ini kalau bukan kebodohan yang amat terserlah. Flat lesen kenderaan BAA6253 milik Malaysia di Selangor tapi dikenakan pada orang Brunei hanya disebabkan numbor lesen kenderaan sama. Orang Brunei dijadikan tukang bayar saman rakyat Selangor, Malaysia. Sebuah kereta lagi dengan numbor flat lesen BQ6488 dikenakan saman pada 2002 sedangkan kereta baru didaftarkan pada tahun 2006. Diharap pihak PDRM, Malaysia dapat membetulkan semula kebodohan tersebut dengan membayar kembali saman yang tak layak dibayar orang Brunei itu.

12118959_10156157256185367_5113038283734787186_n

12079573_923018894445266_7244484297700105179_n

MANGROVE PARADISE RESORT

11334208_841032605986140_1726597339760140968_o

11845109_878904468865620_159911023964927059_o

Pernahkah biskita bermalam di Mangrove Paradise Resort ? Minggu depan Rabu, 14hb Oktober 2015 cuti Awal Muharram, adalah peluang untuk biskita membawa anak-anak untuk memberi durang semangat sebelum menjelang PSR atau Periksa Akhir Tahun. Kemudian biskita boleh berkunjung lagi pada cuti Penggal 4 sepanjang bulan Disember nanti. Pendidikan Brunei lambat sikit cuti dibanding Singapore & Malaysia yang akan bermula pada 21hb November.

Jangan lupa untuk membuat tempahan awal penginapan di Mangrove Paradise. Siapa cepat, dia dapat. Tempah penginapan disini www.belayar.com atau terus disini https://www.hotelscombined.my/Hotel/Mangrove_Paradise_Resort.htm?a_aid=148067&label=Mangrove

Chanyeol – Law of the Jungle (Brunei)

Fan-atik korea. Speechless.

[yframe url=’https://www.youtube.com/watch?v=b2_Fhw0nxH0′]

Episod 171

[yframe url=’https://www.youtube.com/watch?v=dt1rhn-KH1g’]

Episod 172

[yframe url=’https://www.youtube.com/watch?v=B3Yj6qY4bNQ’]

Episod 173

[yframe url=’https://www.youtube.com/watch?v=IMnKMrvO8C4′]

Episod 174

[yframe url=’https://www.youtube.com/watch?v=dcb7DL8gM28′]

Episod 175

[yframe url=’https://www.youtube.com/watch?v=7o3e4txJSfQ’]

Episod 176

[yframe url=’https://www.youtube.com/watch?v=c14u4K5TGBs’]

Episod 177

[yframe url=’https://www.youtube.com/watch?v=el2uFpMEoDA’]

 

Menunggu Jabatan Kemajuan Perumahan Meeting lagi ?

sleep

Wake up JKP! Surat permohonan kali kedua minta tukar rumah RPN 1999, Kg Panchor, Mengkubau, Mentiri sudah pun dihantar ke Jabatan Kemajuan Perumahan, Tingkat 1, pada 13hb Julai 2015 namun sehingga kini masih belum ada sebarang jawapan. ? Mengikut kata pegawai-pegawai disana, sebarang permohonan pertukaran akan di meetingkan terlebih dahulu. Jadi, bila lagi akan dimeetingkan???Apa lagi yang hendak ditunggu ? Apakah permohonan ini sengaja dilambat-lambatkan sebagai hukuman kerana memohon pertukaran?? Atau barangkali surat permohonan seorang rakyat ?Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu telah dicampakkan kedalam tong sampah ??Inda kan rumah retak dijual pada kami dengan paksa. Inda faham hukum Muamalat jual belikah ? Harga bakal dibayar penoh tapi rumah inda sempurna dan bakal menyusahkan penghuninya.

Sudahlah Pengarahnya terlalu payah untuk dibawa berjumpa dan berbincang, surat permohonan pun terlalu lambat untuk dibalas. Menyusahkan rakyat Brunei saja. Kalau inda takabir, serahkan pada orang lain yang boleh melakukan. Benarlah Hadis Rasul yang berbunyi:

Rasulullah shallallahu ?alaihi wasallam bersabda: ?Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi.? Ada seorang sahabat bertanya; ?bagaimana maksud amanat disia-siakan? ? Nabi menjawab; ?Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.? (BUKHARI ? 6015)

BERAPA HARI TELAH BERLALU SEJAK PERMOHONAN 13.07.2015 ?

UPDATE: Surat balasan DUKACITA dari Jabatan Kemajuan Perumahan yang bertarikh 24 Oktober hanya baru diterima pada 20 November 2015. Seperti sengaja dilambat2kan atau memang pemalas. Very stupid. Ini satu penganiayaan kepada pembeli. Pemohon dipaksa menerima rumah yang rosak dan merbahaya walaupun pada harga penoh. Semoga yang menganiaya dilaknat Allah dan dtimpakan bala tidak senang hidupnya selagi mana kami tinggal dirumah retak ini.