Anak bulan Ramadhan tidak kelihatan di Brunei

Disebabkan anak bulan Ramadhan tidak kelihatan pada petang tadi, umat Islam di Brunei Darussalam akan menyambut awal Ramadhan pada hari Selasa 02hb Ogos 2011 ini. Umat Islam di Brunei akan mula melakukan solat SUNAT TARAWIH pada hari Isnin, malam Selasa dimasjid-masjid, surau-surau dan balai ibadat.

Di negara jiran seperti? Malaysia dan Indonesia, anak bulan telah nampak dilihat dan kedua negara tersebut akan mula berpuasa pada hari Isnin 01hb Ogos 2011 ini. Umat Islam di Indonesia dapat melihat anak bulan secara live streaming melalui http://bosscha.itb.ac.id/hilal/.

Sementara itu awal Ramadhan bagi negara-negara arab seperti Arab Saudi, Mesir, Kuwait, Qatar, Yaman dan United Arab Emeriah akan bermula pada hari Isnin, 01.08 2011. Stesyen TV Arab Saudi Al-Ekhbariya mengumumkan bahawa awal Ramadhan bermula di Arab Saudi pada hari Isnin, 01hb Ogos 2011 disebabkan anak bulan Ramadhan tidak kelihatan pada hari Sabtu 30.07.2011.

Lazimnya, hanya pada bulan Ramadhan sajalah tempat-tempat ibadat akan dipenuhi jemaah pada waktu? Isya’ namun akan semakin berkurangan beberapa hari sebelum menjelang Aidilfitri. Bagi tempat ibadat yang ada menyediakan makanan berbuka sama ada bersumber dari masjid atau sumbangan orang ramai, jemaah sudah mulai datang sebelum sungkai (berbuka) dan seterus menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah. Setelah Ramadhan berlalu, lazimnya hanya satu atau dua baris saf saja yang dipenuhi jemaah kecuali pada hari Juma’t dan hari-hari kebesaran Islam dan negara.

Rujukan: Berita Harian (Malaysia), Kompas (Indoensia).

This entry was posted in Islam and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.