AMARAN! Kena ragut dikedai runcit jln Bengkurong

Telah berlaku kejadian ragut dikedai runcit Serumpun Indah, jalan Bengkurong (seberang kedai bunga api dan wywy). Kejadian berlaku pada hari Ahad, malam Isnin 6hb November 2011 lebih kurang pada jam 11.20 malam. Mangsa diragut ketika hendak masuk kekereta selepas membeli belah dikedai runcit. Sebaik saja hendak masuk kekereta, seorang lelaki berwatak lembut atau pondan (Awangku Radi bin Pengiran Julaihe) yang menutup rambutnya dengan penutup rambut telah meragut beg tangan mangsa berjenama AVON dan terus melarikan diri disebelah kanan kedai (gambar anak panah)? yang gelap tidak dipasang lampu dan terus menuju kebelakang kedai. Apabila dikejar oleh suaminya dan dua orang prihatin yang lain, pencuri pondan (awangku Radi) tersebut telah tidak kelihatan lagi dibelakang kedai tersebut dan juga tidak ada kelihatan berlari dikawasan flat berhampiran. Berkemungkinan besar dia berpusing semula kekiri kedai dan bersembunyi. Menurut pekerja Indon yang bekerja dikedai tersebut, mereka dapat mengenal pasti rupa pondan tersebut kerana sebelum kejadian ragut ia telah berulang kali keluar masuk kedai tetapi tidak membeli apa-apa.

Apa yang amat dikesalkan dalam kejadian tersebut ialah, PERTAMA seorang pekerja Indon yang kebetulan sedang mencuci peti sejuk ditepi kedai tersebut bersikap selamba saja dan tidak peduli ketika mangsa menjerit ketika diragut dan sipondan yang jadi pencuri itu berlari hanya dalam jarak 2-3 kaki saja dibelakangnya. Pekerja tersebut pada ketika itu mengaku dapat mengecam rupa pondan tersebut namun setelah disiasat Polis keesokkan hari kemudian, dia tiba-tiba mengaku tidak ingat. KEDUA, ramai pelanggan yang berada diluar kedai tersebut hanya bersikap menjadi sebagai penonton sahaja atau malas tah ku ingau tanpa ikut sama membantu. Nilai masyarakat untuk tolong menolong sudah semakin menurun. Barangkali tunggu kejadian macam atu berlaku arah durang dan orang lain pun buat inda tau, baru tah sadar kali. Tolong menolong hanya dibuat untuk saudara, kawan dan orang yang dikenali sahaja. Sama seperti bila ada kejadian kemalangan cedera parah. Lebih ramai orang kitani jadi penonton drama live menyesakkan jalanraya daripada jadi pembantu mangsa. KETIGA, boss kedai orang India tidak membenarkan pekerjanya dibawa kebalai untuk membantu siasatan. KEEMPAT, pekerja-pekerjanya dari Indon yang pada mulanya mengaku boleh mengecam tiba-tiba mengaku tidak ingat rupa pondan yang jadi pencuri tersebut. Berkemungkinan dilarang oleh boss India tersebut untuk ikut campur walaupun kejadian tersebut berlaku dikedainya. KELIMA, cctv luar hanya merakam dari jarak jauh dan kabur. KEENAM, tepi dan belakang kedai adalah gelap tidak dipasang lampu memudahkan untuk pencuri menjalankan operasinya. Boss terlalu kedekut untuk memasang lampu padahal ini boleh menyukarkan pencuri sikit.

Demi untuk keselamatan rakyat Brunei terutamanya kaum perempuan diminta berhati-hati jika hendak membeli belah dikedai tersebut terutamanya pada waktu malam dan berwaspadalah dengan mana-mana pondan yang menggunakan beg tangan AVON. Ada banyak lagi kedai disekitar yang boleh diaga dan selamat. Boss kedai pula jangan terlalu kedekut untuk memasang lampu ditepi dan dibelakang kedai. Laporan polis telah dibuat dan mangsa masih menunggu perkembangan selanjutnya.

Keadaan yang gelap gelita disebelah kanan dan belakang kedai menjadi tempat penjenayah melarikan diri. Tuan kedai sepatutnya memasang lampu dikeliling kedai seperti mana yang dibuat oleh kedai atau super market lain. Boss india terlalu karit.

P/S: Pondan peragut yang bernama Awangku Radi bin Pengiran Julaihe tersebut telah pun ditangkap dan dihadapkan kemahkamah dan akan meluangkan masanya bersama banduan-banduan selama 4 bulan dipenjara dan dikehendaki membayar pampasan kepada mangsanya sebanyak $400. Jika gagal membayar pampasan, denda penjara akan ditambah lagi 2 minggu. Pampasan $400 tersebut belum lagi diterima mangsa. Kesnya dimahkamah ada dimasukkan dalam akhbar Borneo Buletin Jum’at, 25 November 2011.

Update 10 Dec 2011:? Mangsa hanya menerima pampasan $100 sahaja sedangkan kerugian yang ditanggung adalah melebihi jumlah tersebut disebabkan beg tangan tersebut masih dalam simpanan pihak berkuasa dan tidak dikembalikan semula kepada mangsa.

Rujukan: http://www.borneobulletin.com.bn/fri/nov25h13.htm, http://www.brudirect.com/index.php/Local-News/26-year-old-snatch-thief-lands-behind-bars.html dan?http://www.hoskitani.com/?p=1464.

 

One thought on “AMARAN! Kena ragut dikedai runcit jln Bengkurong

  1. Pingback: Hoskitani » Hukuman kes curi yang pelik.

Leave a Reply