Akira Fridge cepat rosak

Aku beli Chiller Fridge (aisbox pintu cermin) jenama Akira pada tahun 2009. Peliknya, ketika mula baru memasang fridge ini, ada banyak serangga agas boleh masuk kedalam. Pada bulan Mac 2011 compressor sudah rosak. Keluar duit $180 untuk tukar compressor baru. Servis terlalu lambat. Hantar fridge pada 23.03.2011, technician janji siap 3,4 hari. Sudah 06.04.2011 baru siap kena hantar balik. Durang technician Akira cakap tunggu spare compressor dari Malaysia pasal tu lambat. Takkan tiada spare part di Brunei. Promosi bukan main heboh tapi spare part tiada. Jangan-jangan compressor second hand yang digunakan untuk mengganti.

Sekarang compressor rosak lagi balik belum pun sampai 1 tahun. Warranty compressor dulu yang baru diganti hanya 1 bulan saja. Kenapa warranty 1 bulan saja ? Mungkin sebab mereka pun tahu barang Akira low quality dan cepat rosak. Kalau warranty satu tahun, macamana mau untung berlipat ganda. Aku rasa tertipu. Mungkinkah mereka memasang compressor second hand yang digilap supaya nampak baru ? Ditelefon service center hari sabtu, hari Jumat depan baru datang. Baru minta technician Akira check (dalam masa 5 minit)? pun sudah kena charge $30. Sengaja duduk lama-lama tanpa buat apa-apa supaya kelihatan buat kerja. Durang mau aku bayar lagi $180 untuk ganti compressor. Setiap tahun tukar compressor $180 ? Gilakah apa.Kerana tidak mahu ditipu membeli compressor $180 lagi setiap tahun, aku biarkan saja Fridge tersebut tanpa dibaiki.

Patutlah produk murah dari brand lain sebab tidak? berkualiti, mudah rosak dan warranty 1 bulan yang sungguh pelik. Aku rasa tertipu. Aku punya aisbox brand Sanyo beli pada tahun 1999 sampai sekarang masih baik belum pernah rosak compressor atau isi gas. Akira fridge so stupid. BEWARE! DON’T BUY THIS PRODUCT.

CHEAP PRICE. LOW QUALITY. LOW SERVICE. STUPID 1 MONTH WARRANTY.

This entry was posted in Consumer, Kurapak and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.