Adab berziarah

Berikut adalah panduan dan adab berziarah sepertimana yang disebutkan didalam Khutbah Jum’at di Negara Brunei Darussalam pada 17hb Sept 2010 khususnya waktu Hari Raya Aidilifitri ani.

PANDUAN BAGI ORANG YANG MENGUNDANG (TUAN RUMAH)

  1. Jangan sesekali orang yang mengundang itu membezakan kedudukan mereka yang diundangkan sama ada golongan kaya atau golongan miskin.
  2. Niat menjemputnya hendaklah semata-mata untuk merapatkan hubungan silaturahim dan bukannya untuk lain-lain seperti hendak bermegah-megah dan berbangga-bangga.
  3. Jangan mengundang orang yang memang sukar untuk menerima undangan.
  4. Jangan mengundang orang yang diketahui kehadirannya akan merosakkan dan menghuru-harakan majlis yang diadakan.

PANDUAN BAGI YANG MENERIMA UNDANGAN (TETAMU)

  1. Jangan membezakan undangan yang diterima sama ada ia dari orang kaya ataupun orang miskin kerana perbuatan itu dilarang dalam Islam.
  2. Orang menerima undangan juga tidak dibenarkan menolak sesuatu undangan hanya disebabkan alasan jauh dan hanya kerana ia berpuasa sunat, kerana ia dibolehkan berbuka dan tetap mendapat pahala jika niatnya berbuka itu untuk menyenangkan hati dan menggembirakan tuan rumah, tetapi ia tidak boleh berbuka jika berpuasa wajib seperti puasa qada.
  3. Dibenarkan menolak undangan jika diketahui makanan yang dihidangkan dari barang yang syubhah dan haram. (Orang kitani selalu ni. Kadang-kadang didepan orang lancar ia bercakap pasal sembahyang, bahkan sembahyang orang pun kan disebut-sebutnya, padahal sembahyang atu Fardhu Ain (kewajipan masing-masing). Tapi pasal makanan FAIL tia. Beli makanan main hentam saja? inda lagi meliat apa ramuan dan buatan dari mana. Kalau buffet lagi tia FAIL. Asal saja dapat isi perut dan kononnya nyaman, halal haram fikir kemudian.)
  4. Dibenarkan menolak undangan jika diketahui di majlis itu diadakan berbagai-bagai kemungkaran seperti hiburan yang diharamkan oleh syarak.
  5. Dibenarkan menolak undangan jika diketahui orang yang mengundang itu bersifat zalim atau fasik atau suka bermegah dan membesar diri.
  6. Jangan hendaknya menerima undangan itu dengan niat untuk memuaskan kehendak perut, bahkan hendaklah ia memperbaiki niatnya dengan tujuan yang baik seperti mengikut Sunah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam iaitu memuliakan tuan rumah, menjaga hati serta perasaan saudaranya dan sebagainya.

ADAB-ADAB AMALAN MEMBERIKAN JAMUAN

  1. Menyegerakan untuk menikmati hidangan jika jemputan telah ramai dan tetamu yang belum hadir hanya sedikit sedangkan waktu yang telah ditetapkan telah berlalu.
  2. Makanan yang dihidangkan hendaklah sekadar mencukupi iaitu jangan sampai membazir kerana perbuatan sedemikian boleh dikategorikan sebagai riyak dan jangan pula sampai tidak mencukupi kerana ia merupakan perbuatan kurang sopan.
  3. Hidangan yang dijamu janganlah diangkat atau dikemas melainkan setelah semua jemputan selesai makan.
  4. Bagi orang yang hadir menerima undangan adalah dilarang memilih tempat duduk dan apabila duduk di tempat yang disediakan hendaklah memberi Salam serta bertanya khabar pada orang-orang yang duduk berhampiran dengannya kerana dengan itu kemesraan boleh terjalin.
  5. Jemputan? jangan duduk terlalu lama sedangkan majlis telah selesai dan jangan pula bersegera hendak pulang sehingga tuan rumah tergesa-gesa untuk menghidangkan jamuan.
  6. Apabila telah dijamu untuk makan, hendaklah mendahulukan orang yang lebih utama serta orang-orang tua, manakala apabila mengambil makanan hendaklah mengikut giliran dan jangan terlalu lama sehingga orang lain tertunggu-tunggu.
  7. Apabila makan pula hendaklah bersederhana dan mengamalkan sifat berampit-ampiti iaitu tidak berlebihan sehingga tidak mencukupi untuk orang lain, di samping tidak menyebut atau melakukan sesuatu yang boleh menjijikkan orang lain sehingga menyebabkan orang lain tidak ada selera untuk makan.

Sukacita aku ingin menambah satu lagi. Jangan biarkan tetamu bersendirian padahal tuan rumah sendiri menjemput mereka. Bukannya tetamu yang asi-asi minta dijemput. Contohnya, kena jemput datang kerumah waktu Hari Raya, nya sebahagian orang kitani OPEN HOUSE. Bila kitani sudah datang, kena jemput makan berat (nasi, ayam, daging). Masa makan kena biarkan, sudah selesai makan pun kena biarkan sendirian. Kenapa jemput kalau inda mau melayan ? Kitani datang bukan kerana mau makan tapi kerana hukum menghadiri jemputan atu wajib kecuali ada sebab yang inda dapat dielakkan. Membari jara jua tu.

Adab-adab atau cara yang diajarkan dalam Islam mempunyai kelebihan dan kebaikan jika dihayati dan diamalkan, lebih-lebih lagi ia menunjukkan Islam itu agama yang lengkap meliputi semua aspek kehidupan

Jangan sesekali orang yang mengundang itu membezakan kedudukan mereka yang diundangkan sama ada golongan kaya atau golongan miskin
This entry was posted in Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.