Video-video pilihan dari internet, berita, maklumat dan berbagai lagi.

Man charged with committing immoral act

Filed under: Berita / News — admin @ 8:26 am December 28, 2009

BANDAR SERI BEGAWAN
Thursday, December 24, 2009

A BRUNEIAN man was brought before the Magistrates Court yesterday on a charge of outraging the modesty of a nine-year-old boy at a school in the capital in 2007.

The defendant, 29-year-old Mohamad Fikri Hj Duraman, has been charged under Section354 of the Penal Code, Chapter 22, which stipulates a penalty “imprisonment for a term which may extend to five years and with whipping”.

The charge read in court alleged that Mohamad Fikri committed the offence inside the teacher’s toilet at a religious school in the capital between 3pm and 3.30pm on January 4, 2007.

The defendant pleaded not guilty to the charge.

Prosecution is rep-resented by Ratno Eddy Sophian Hj Zaidi and Mohamad Fikri is represented by Defense Counsel Roy Prabhakaran.

The case is set for further mention on January 15, 2010.

The Brunei Times

Brunei – KK menggunakan feri

Filed under: Berita / News — Tags: , , — admin @ 7:59 am

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat – Penduduk Brunei yang ingin untuk melancong ke Kota Kinabalu dan Sabah tidak lama lagi boleh membuat pilihan untuk menaiki feri dari Muara, Brunei ke Menumbok di Sabah apabila perkhidmatan feri yang menghubungkan Muara dengan Menumbok mula beroperasi bagi orang ramai pada 30 Disember ini.

Dengan adanya perkhidmatan feri dari Muara ke Menumbok itu bukan saja akan menjadi satu lagi laluan bagi penduduk Brunei dan Malaysia untuk saling berkunjung tetapi juga akan mengurangkan masa perjalanan bagi pengunjung kedua-dua negara.

Perkhidmatan feri kenderaan Brunei yang baru, MV Shuttle Hope, itu dijadualkan untuk memulakan perjalanan sulungnya membawa penumpang dan kenderaan dari terminal Feri Kenderaan Serasa ke Menumbok pada 30 Disember nanti.

Menurut kenyataan daripada Pengarah Urusan PKL Jaya Sdn Bhd, Chin Mook Seng, tambang bagi perkhidmatan itu adalah (more…)

Rasuah

Filed under: Berita / News, Jenayah — admin @ 11:01 pm December 22, 2009

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa – Seramai empat orang pegawai kastam dan dua pegawai pemeriksa di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei dihadapkan ke Mahkamah Majistret di ibu negara atas pertuduhan di bawah Bab 6(a) Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) dan Bab 165 Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22).

Biro Mencegah Rasuah (BMR) dalam kenyataannya hari ini berkata siasatan mendapati tertuduh pertama, pegawai kastam Pengiran Ahmad Pengiran Haji Md Daud dengan tidak jujur menerima wang suapan $100 pada Disember 2007 dan RM100 diterima pada September 2007 daripada seorang rakyat Malaysia.

Wang suapan itu adalah sebagai dorongan atau ganjaran supaya tidak mengambil tindakan terhadap rakyat Malaysia terbabit kerana melakukan kesalahan berkaitan penyeludupan bahan bakar, iaitu satu kesalahan di bawah Peraturan Kastam 2006.

Dia dihadapkan atas pertuduhan kerana memperoleh untuk dirinya sejumlah wang daripada rakyat Malaysia terbabit yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan Kastam 2006 berkaitan penyeludupan bahan bakar yang mana tertuduh mengetahui rakyat Malaysia itu mempunyai urusan rasmi dengannya sebagai pegawai kastam.

Sementara tertuduh kedua yang juga pegawai kastam, Mohd Sanip Ura menghadapi dua pertuduhan kerana dengan tidak jujur menerima wang suapan sebanyak $350 di antara 12 dan 13 Januari 2009 dan suapan berupa perkhidmatan seks daripada pelacur perempuan pada 18 Januari 2009.

Kedua-dua suapan berkenaan diterima daripada seorang rakyat Malaysia sebagai dorongan atau ganjaran supaya tidak mengambil tindakan terhadap rakyat Malaysia terbabit kerana melakukan kesalahan yang berkaitan dengan penyeludupan bahan bakar iaitu satu kesalahan di bawah Peraturan Kastam 2006.

Mohd Sanip juga dihadapkan atas pertuduhan memperoleh untuk dirinya sendiri sejumlah wang dan perkhidmatan seks daripada rakyat Malaysia yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan Kastam 2006 berkaitan penyeludupan bahan bakar yang mana tertuduh mengetahui rakyat Malaysia terbabit mempunyai urusan rasmi dengan beliau sebagai pegawai kastam.

Sementara itu tertuduh ketiga yang juga seorang pegawai kastam, Haji Mazlan Haji Shahbuddin didakwa menerima wang suapan $400 pada 19 Januari 2009 daripada seorang rakyat Malaysia.

Wang suapan yang diterima itu adalah sebagai dorongan atau ganjaran bagi tidak mengambil tindakan terhadap rakyat Malaysia berkenaan kerana melakukan kesalahan berkaitan penyeludupan bahan bakar iaitu satu kesalahan di bawah Peraturan Kastam 2006.

Dia dihadapkan atas pertuduhan kerana memperoleh untuk dirinya sejumlah wang daripada rakyat negara itu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan Kastam 2006 berkaitan penyeludupan bahan bakar yang mana tertuduh mengetahui rakyat Malaysia terbabit mempunyai urusan rasmi dengan beliau sebagai pegawai Kastam.

Tertuduh keempat adalah pegawai pemeriksa, Mohd Mazalan Haji Sidop yang dihadapkan ke Mahkamah atas tiga pertuduhan di bawah Bab 6 (a) Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) yang hasil siasatan BMR mendapati tertuduh menerima wang suapan $800 pada 2007.

Wang suapan sebanyak $1,100 diterima pada November 2007 dan $300 diterima pada Mei 2008, semuanya daripada seorang warga Malaysia.

BMR dalam kenyataan itu juga menjelaskan wang suapan terbabit adalah sebagai dorongan atau ganjaran bagi tidak mengambil tindakan terhadap warga Malaysia terbabit kerana melakukan kesalahan berkaitan penyeludupan bahan bakar iaitu satu kesalahan di bawah Peraturan Kastam 2006.

Dia dihadapkan dengan tiga lagi pertuduhan di bawah Bab 165 Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22) kerana memperoleh untuk dirinya sejumlah wang daripada rakyat Malaysia yang melakukan kesalahan di bawah peraturan berkenaan.

Sementara tertuduh kelima seorang pegawai kastam, Muhammad Rafi Haji Abd Rashid yang menerima wang suapan sebanyak $2,600 pada November 2007 sementara RM500 diterima pada 25 Januari 2008 dan RM500 lagi diterima pada 25 Februari 2008 daripada seorang rakyat Malaysia.

Wang suapan yang diterima itu adalah sebagai dorongan atau ganjaran supaya tidak mengambil tindakan terhadap rakyat Malaysia berkenaan kerana melakukan kesalahan berkaitan penyeludupan bahan bakar, iaitu satu kesalahan di bawah Peraturan Kastam 2006. Dia dihadapkan atas pertuduhan kerana memperoleh untuk dirinya sejumlah wang daripada rakyat negara itu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan Kastam 2006 berkaitan penyeludupan bahan bakar yang mana tertuduh mengetahui rakyat Malaysia itu mempunyai urusan rasmi dengan beliau sebagai pegawai kastam.

Manakala tertuduh keenam juga seorang pegawai pemeriksa, Ahmad Haji Sahari didakwa wang suapan $400 pada 19 Januari 2009 dan $300 pada Disember 2008 masing-masing daripada dua rakyat Malaysia. Wang suapan yang diterima itu adalah sebagai dorongan atau ganjaran bagi tidak mengambil tindakan terhadap kedua-dua rakyat Malaysia itu kerana melakukan kesalahan yang berkaitan dengan penyeludupan bahan bakar iaitu satu kesalahan di bawah Peraturan Kastam 2006.

Dia menghadapi pertuduhan memperoleh untuk dirinya sejumlah wang daripada kedua-dua rakyat Malaysia itu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan Kastam 2006 berkaitan penyeludupan bahan bakar walaupun tertuduh mengetahui kedua-dua rakyat Malaysia terbabit mempunyai urusan rasmi dengan beliau sebagai Pegawai Pemeriksa.

Kesalahan di bawah Bab 6 (a) Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) dikenakan denda maksimum $30,000 dan hukuman penjara tujuh tahun manakala kesalahan di bawah Bab 165 Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22) dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun dan denda.

Ketika dihadapkan ke mahkamah, tiada pengakuan diambil daripada semua tertuduh dan mahkamah memerintahkan supaya setiap tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin $5,000 atau seorang penjamin tempatan dan kes mereka akan disebut semula pada 13, 14, 16, 18 dan 19 Januari 2010.

Sumber: http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/25dis09/index.htm

Nama Allah dilangit Brunei

Filed under: Islam — Tags: — admin @ 12:30 am December 20, 2009
YouTube Preview Image

Search Rapidshare.com

Filed under: Internet — Tags: — admin @ 11:00 pm December 19, 2009

SEARCH FILES AT RAPIDSHARE.COM

Jika anda ingin mencari file yang dihost oleh rapidshare.com, anda boleh gunakan form dibawah yang akan mencari file melalui website duneier.net dan rapidlibrary.com.