3 buah kereta terbakar

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Tiga buah kereta musnah manakala empat buah lagi mengalami kerosakan dalam kejadian kebakaran yang mencurigakan di Kawasan Letak Kereta Kampung Sungai Bunga, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, laporan mengenai kejadian berkenaan diterima pada kira-kira pukul 4.55 pagi dan sebuah jentera bomba bersama enam anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan dikejarkan ke tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, sebanyak tiga buah kereta musnah manakala empat buah lagi mengalami kerosakan terkena bahang api kebakaran. Namun begitu tidak ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian berkenaan.

Menurut kenyataan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat lagi, siasatan awal yang dijalankan mendapati punca kebakaran itu dipercayai meragukan dan kerugian masih dalam penyiasatan.

Sumber: http://www.mediapermata.com.bn/jumaat/sep28t4.htm

This entry was posted in Berita / News and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.